homepage banner
  Bandaraya Sungai Petani Kedah           
                                                  Tempat-Tempat Menarik | Tempat Membeli Belah & Makan   | Tempat Penginapan | Peta Lokasi
                                                                                        TEMPAT PENGINAPAN
1)  Hotel Amanpura 


Sungai Petani adalah bandar kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar. Pembangunan pesat di bandar ini seiring dengan kerancakan mempromosi pelbagai aktiviti pelancongan yang ada di situ.

Saya mengunjungi Sungai Petani buat kali kedua selepas tahun 2008. Banyak perubahan yang saya lihat terutama kewujudan, kawasan perumahan baru, kompleks membeli-belah dan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya yang semakin lebar serta selesa.

Biarpun jaraknya kira-kira lima minit dari bandar, Hotel Amanpura di alamat 427, Jalan Kolam Air, 08000 Sungai Petani, Kedah, menjadi tempat pilihan saya menginap sepanjang berada di situ. Ia terletak di kawasan yang tidak sibuk dan penduduk sekitar mengenalinya sebagai Hotel Sp Inn.

Menawarkan 114 bilik merangkumi 48 bilik Superior, 58 bilik Deluxe, 7 suite Junior and 1 suite diRaja. Setiap bilik dihias cantik dan dibina bersekali bilik air serta dilengkapkan dengan kemudahan televisyen satelit dan peti keselamatan untuk menyimpan barangan berharga. Sesetengah bilik mempunyai balkoni untuk kemudahan tetamu menikmati pemandangan indah ke bandar.

Hotel Amanpura dilengkapkan dengan beberapa dewan termasuk dewan utama yang boleh memuatkan seramai 700 tetamu dalam satu-satu masa. Pihak hotel turut menawarkan kemudahan peralatan pandang dengar, sistem pa yang terkini dan kemudahan bankuet yang lengkap untuk apa juga acara dan majlis yang dilangsungkan di hotel. Sepanjang menginap di situ, saya sempat menyaksikan dua majlis perkahwinan yang membabitkan pasangan Melayu dan India. Suasananya sangat meriah dan menyeronokkan biarpun saya sekadar menjadi pemerhati.

Setiap pagi saya akan bersarapan di tepi kolam renang. Memang seronok minum pagi di situ sambil menikmati keindahan persekitaran dua kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Kedua-dua kolam renang ini pun agak luas. Hotel turut menyediakan sebuah gimnasium dan spa untuk kemudahan tetamu beriadah serta membelai diri. Saya pula lebih seronok melihat gelagat tetamu bersantai di tepi kolam sambil melayari internet. Kemudahan wifi diberikan secara percuma di semua kawasan di dalam hotel.

Selain tempat makan di tepi kolam, tetamu juga boleh menjamu selera di Aroma Coffee House yang boleh memuatkan seramai 200 tetamu pada satu-satu masa. Aroma Coffee House menyajikan sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan steamboat serta pelbagai pilihan makanan barat, kek dan pelbagai juadah yang boleh dibawa balik.

Disebabkan kedudukan hotel yang strategik, maka tidak hairanlah jika hotel ini tidak putus-putus menerima tempahan untuk pelbagai majlis dan seminar. Tempat letak kenderaannya juga luas, walaupun tetamu hotel ramai tetapi tidak sukar hendak meletakkan kereta!

Sama ada anda ke sini atas urusan perniagaan, beristirahat, berbulan madu atau bercuti bersama –sama keluarga, Hotel Amanpura adalah tempat penginapan terbaik kerana ia menawarkan semua kemudahan dan menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan anda.

                                                                                                             ROOM

 


2) Cinta Sayang Resort & Country Resort

Cinta Sayang & Country Resort,Sg Petani





Selamat Datang is a Malay word and carries the meaning "Welcome". Originated from ancient Royal dance, the name "Cinta Sayang is a combination of the word "Love & Affection". The slogan "Love and Affection is our way of life" is synonymous with our Resort's name.

Cinta Sayang Resort is an iconically-designed 4-star resort, conveniently located in Sungai Petani, Kedah, that combines the latest in luxury amenities with traditional Malaysian hospitality. Ideally locate for both business and leisure traveller to Kedah, the Resort is a 45 minutes-drive away from both the Penang International Airport as well as from the Alor Setar Airport and a 15 minute-drive to the Sungai Petani's commercial and major shopping malls. Cinta Sayang Resort offers a supreme comfort and impeccable service complemented by fine dining restaurants and recreational activities, and provides the total luxurious experience for which Cinta Sayang is renowned locally.

Cinta Sayang Resort offers a wide selection of accommodation with 100 Twin sized bedrooms, 78 Deluxe rooms, 15 Superior Deluxe rooms, 9 Premier Suites and 8 One-Bedroom Rajawali Suites. All the resort rooms and suitesm are superbly furnished, providing all the comforts expected of a luxury 4-star resort with individually-designed en-suite bathrooms incorporating a separate shower and bath (suite rooms only), in-room temperature-controlled air conditioning, minibar, satellite television and internet service.

Cinta Sayang Resort offers a superb choice of dining options. The resort's signature restaurant, Sayang, is a speciality restaurant in Sungai Petani, serving a potpouri of western & local cuisines. The Sayang Restaurnt is also the place for express breakfasts, salads and local favourites keeping in line with busy lives of executives around the city. Alternatively, Cinta Sports Cafe, serves the finest steamboat in a distinctive and stylish setting. For a more relaxed atmosphere, resort guests can enjoy signature cocktails at The Cinta Lounge.

The state-of-the-art Rajawali Ballroom, complemented by a pre-function area and cutting edge technology, provides an ideal location for conferences or social gala gatherings in Sungai Petani. With separate meeting rooms for smaller gatherings, Cinta Sayang has the perfect combination of venues to guarantee every function is a success with banqueting packages tailored for all occasions. Cinta Sayang offers all its guests free use of the fitness centre and swimming pools.

Cinta Sayang Resort is a truly unique resort bringing the best of traditional Malaysian hospitality to the heart of Malaysia.